Kerajaan akan membina semula kediaman mangsa yang musnah dan hanyut akibat dibadai banjir luar jangka di Kampung La, Besut sejak 18 Disember lalu.<br /><br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat, perkara itu diperincikan di peringkat negeri dan agensi bagi membantu mangsa yang terbabit.